KRU News

Dari Dalaman Hati Adam
Julai 15, 2008 - Satu kisah menarik terbongkar dari album terbaru Adam AF2 yang berjudul, ADAM3. Di antara 10 buah lagu yang dipersembahkan dalam album tersebut , terdapat tiga buah lagu yang diciptakan Adam sendiri dan ia merupakan inspirasi daripada kehidupan peribadinya yang telah lepas.

Bila para pendengarnya meneliti lebih jelas lagu-lagu tersebut, kesemua judulnya berkait dengan patah hati atau ditinggal cinta, lirik lagu yang dinyanyikan pun cenderung lebih puitis.

Judul ketiga-tiga lagu tersebut ialah Tinggal Kenangan, Putus, dan Terima Kasih. Namun uniknya kesemuanya lagu-lagu itu tidak menjadi lagu pilihan pertama untuk dipasarkan.

Jejaka yang berusia 25 tahun ini mengakui dirinya masih lagi menyendiri, belum ada pendamping baru yang boleh menerimanya menikmati album yang baru dilancarkan 27 Jun lepas.

Ujarnya, “Terkadang kenangan yang kita punya masih boleh memberi manfaat seperti menjadi inspirasi dalam membuat lirik-lirik lagu, tapi biarlah kenangan itu tetap menjadi sebuah kenangan.”

Konsep pop dance yang masih lagi dikekalkan pada labum ini yang memilih lagu Robot untuk menjadi single pertama sekaligus sebagai penarik hati pendengarnya.

Selain itu beberapa lagu lainnya seperti Tukang Gempak, Berbuah Dua Kali, Jika Tak Kerna Kamu, Benar-benar, Dia Ada Stail dan Anganku Melayang, juga tidak kurang menariknya.

Menambahkan keunikan lain pada album terbaru Adam ini ialah terdapatnya lagu dengan alunan orkestra sebagai wujud penghargaan daripada Adam buat para peminatnya dari golongan dewasa.

“Semua peminat bagi saya adalah sama, untuk itu dalam album ketiga ini saya ingin memberi lagu yang boleh diminati dan sesuai kepada mereka yang bukan dari kalangan muda tapi kepada semua yang mahu mendengar lagu-lagu saya,” ujarnya.

Sebagai usaha untuk mempromosikan album terbarunya dia akan membuat konsert muzik di beberapa tempat di Kuala Lumpur.

Adam yang masih lagi bernaung di bawah KRU Production merancang akan membuat satu kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa khususnya yang memiliki konsep yang sama sepertinya iaitu pop dance.

Beberapa nama besar penyanyi antarabangsa yang telah termasuk pada senarai pilihan Adam masih lagi dirahsiakan.

Katanya, “Selain masih dalam satu proses panjang, biarlah menjadi kejutan nanti pada album berikutnya, sekali gus memberi warna baru di setiap kemunculan saya.”

Dalam pada itu, kelainan yang ditonjolkan pada album ADAM3 ini ialah menerusi 1000 keping CD dengan muka depan yang terhad dan direka dengan khusus, sebagai ucapan terima kasih kepada semua pendengar setianya.

Harapan untuk album ini meraih sambutan baik seperti dua album sebelumnya tetap tersemat di hati Adam selepas dia bekerja keras selama enam bulan yang bagi menghasilkan album berkenaan.

- KOSMO -

KRU Edar Animasi
Usaha tanpa henti

29 Mac 2009 - KRU Studios meneruskan bisnes mengedar filem dengan membawa animasi antarabangsa pertama edarannya, Sunshine Barry & The Disco Worms (Disco Worms) yang akan ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei pada 9 April ini dan Singapura, Mei depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, pihaknya berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini dan penayangan filem animasi itu disifatkan sebagai usaha berterusan mereka.

“Disco Worms sebuah filem animasi muzikal dan lucu. Ia mudah difahami dan diterima oleh semua lapisan penonton. Disco Worms menjadi filem antarabangsa pertama pilihan kami kerana ia bukan sebuah filem yang hanya menarik sari pasaran, tetapi bersesuaian untuk semua lapisan penonton.

“Filem animasi ini disediakan sarikata dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin berikutan pengunaan bahasa asalnya adalah Bahasa Inggeris,” kata Norman.

Disco Worms adalah karya dari Denmark yang diarahkan pengarah terkenal negara itu, Thomas Borch-Nielsen. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah, antaranya Anugerah Filem Fantasi di Filem Festival Antarabangsa Brussels dan Festival Robert.

Disco Worms menceritakan mengenai seekor cacing tanah muda bernama Barry yang bosan dengan kehidupannya sebagai serangga. Di dalam sarang penempatan serangga, cacing menjadi golongan yang dirindas oleh spesis lain, dan satu-satunya harapan dalam kerjaya mereka ialah menjadi pengurus kelas pertengahan industri penghasilan baja yang dianggap kerja membosankan.

Jika Barry diberi satu pilihan, dia memilih untuk tidak mahu menjadi cacing. Pada satu hari, Barry terlanggar sekeping piring hitam yang mengandungi lagu disko lama. Apabila mendengar muzik itu, ia ibarat mengalir ke dalam susuk badannya.

Tanpa disedari, Barry mula menggoyangkan badannya mengikut aliran rentak muzik tanpa dikawal dan terus menari. Sejak itu muncul semangar untuk menubuhkan kumpulan Boogie yang diiringi oleh Donna -pemain drum, Jimmy (Gitar), Gloria (vokalis), Tito (Bass) dan Barry (keyboard dan vokal utama).

Mereka menggelar kumpulan ini sebagai Sunshine Barry And The Disco Worms.

Barry mengambil bahagian dalam pertandingan lagu yang akan ditayangkan secara langsung di seluruh penempatan serangga. Pelbagai halangan yang erpaksa diharungi Barry dan kumpulannya sehinga tertangkap untuk dijadikan umpan pemancing.

Berita Harian

Astro, KRU Jalin Kerjasama
23 Januari 2009 - DALAM usahanya mengukuhkan nama di persada antarabangsa khususnya rantau Asia Tenggara, KRU Studios (KRU) mengorak langkah positif apabila menjalin hubungan kerjasama dengan syarikat media gergasi, Astro.

Termeterainya apa yang dikatakan ‘output agreemnet’, kerjasama itu membolehkan pelanggan Astro di tanah air dan juga negara-negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta Vietnam akan dapat menikmati filem-filem KRU Studios melalui perkhidmatan Astro Box Office atau saluran lain.

Walaupunia biasa dilakukan oleh syarikat-syarikat penyiaran asing, output agreement merupakan perjanjian yang julung kali ditawarkan Astro kepada syarikat penerbitan tempatan.

Kerjasama yang bermula 1 Januari lalu tersebut akan berlangsung selama tiga tahun membabitkan 12 buah filem terbitan KRU Studios.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU, Norman Abdul Halim berkata, apa yang ‘dianugerahkan’ kepada KRU oleh Astro itu merupakan satu penghargaan dalam usaha KRU bergerak lebih cemerlang serta terus berkarya untuk tahun mendatang.

“Kami berasa amat bertuah dan terharu dengan kepercayaan Astro dan akan memastikan produk-produk terbitan KRU akan mendapat tempat di hati penonton Astro.

“Perjanjian ini bukan sahaja dapat memberikan perolehan kewangan bagi kesemua filem-filem terbitan kami tetapi membantu memperkenalkan produk KRU di peringkat antarabangsa.

“Ia memberi keyakinan kepada KRU untuk terus meningkatkan produktiviti serta pelaburan apabila KRU Studios berpindah ke Cyberjaya nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama KRU Studios-Astro di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd Zainir Aminullah.

Ujar Norman, output agreement dengan Astro juga merupakan satu pengiktirafan yang besar di atas hasil usaha, kemahiran teknikal dan kreativiti tenaga kerja, para karyawan dan pelakon yang terlibat dalam filem-filem KRU Studios.

“Segala karya KRU Studios akan mendapat keutamaan untuk ditayangkan di Astro, Namun, ia masih boleh disiarkan di stesen televisyen lain sebaik berakhirnya penyiaran di Astro,” jelasnya.

Sementara itu, Zainir yang ditanya mengenai kerjasama antara KRU dan Astro berkata KRUtelah membuktikan bahawa filem-filem mereka bukan sahaja mendapat sambutan baik di kalangan penonton tetapi mempamerkan kemahiran teknikal bagi penerbitan visual dan audio khususnya teknik imej janaan komputer (CGI).

Jelasnya, perjanjian kerjasama itu juga membuktikan kesungguhan Astro dalam mengembangkan industri penerbitan bahan hiburan tempatan dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Kita memberi jaminan kepada KRU, walau apa jua sambutan yang diterima terhadap karya mereka di pawagam, ia akan tetap disiarkan di Astro.

“Saya juga berharap agar akan ada penerbit-penerbit lain mengikuti jejak KRU. Pasaran industri hiburan kita cukup kecil dan perli dibantu,” katanya.

Menurut Zainir, selepas tamat tempoh tiga tahun, pihaknya akan berunding sama ada meneruskan kerjasama dengan KRU atau memberi ruang kepada penerbit lain.

“Astro akan tetap menokong apa jua usaha untuk menerbitkan hasil karya yang cemerlang menerusi platform yang disediakan.

“Ini kerana, pembekal pengisian yang bermutu dan berkualiti sentiasa menjadi tonggak dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan Astro,” ujarnya.

Komitmen KRU sepanjang 2009

Sementara itu, di majlis sama, KRU turut mengumumkan, senarai filem-filem terbitan dan edaran mereka yang bakal disiarkan sepanjang 2009 ini.

Filen berkenaan adalah Jin Notti lakonan Mawi, Fara Fauzana dan diarahkan Azhari Mohd. Zain; My Spy (lakonan AC Mizal, Harun Salim Bachik dan Hannah Tan, arahan Afdlin Shauki) serta Magika, lakonan Ziana Zain, Mawi, Diana Danielle dan diarahkan oleh Edry KRU.

KRU juga menyenaraikan filem antarabangsa terbitan mereka iaitu Deadline lakonan Brittany Murphu dan Thora Birch yang diarahkan oleh Sean McConville serta filem animasi berjudul Sunshine Barry & The Disco Worms dan Planer 51.

Kepada satu persoalan tentang penglibatan KRU dalam penerbitan filem luar, Norman menjelaskan bahawa ia sebagai inisiatif KRU untuk bertapak di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, katanya, melalui filem Deadline, KRU bertindak sebagai pelabur kepada filem berkenaan selepas menjalin kerajasama dengan penerbitnya iaitu Roger Betterton ketika menghadiri American Filem Market, November 2007.

“Filem itu telah siap menjalani pengambaran di Lousiana dan ia akan diedarkan untuk tayangan sekitar Julai atau Oktober ini di 11 buah negara termasuk Malaysia.

“Sebagai pelabur, kita juga terlibat dalam memberikan input perjalanan cerita. Kerja-kerja kesan khas pula telah dilakukan di studio kami di sini,” katanya.

Tambah Norman, selain perancangan untuk menerbitkan filem animasi, KRU Studios bakal menghasilkan karya berbentuk epik berbahasa Inggeris sepenuhnya iaitu The Chronicle Of Merong Mahawangsa.

- Utusan Malaysia -

Sukarnya Mencari Kumpulan
Mencipta lagu sendiri dan berdisiplin menjadikan nama mereka sentiasa diingati hingga sekarang

22 Oktober 2008, KUMPULAN 4U2C, Feminin, Nico, Elitie, A to Z antara nama kumpulan remaja popular era 90-an yang sudah berkubur. Hanya KRU yang masih terus bertahan, namun ingatan pada semua kumpulan berkenaan masih terus segar.

Sebenarnya, banyak lagi kumpulan yang muncul ketika itu antaranya Msten, Res2, Option 1, namun populariti mereka tidaklah sehebat kumpulan tadi tetapi masih di ingati.

Masa bergerak dan zaman berubah. Era 90-an yang terkenal dengan unsur muzik rap atau hip hop sudah lebih sedekad berlalu tetapi sehingga kini masih belum ada kumpulan ‘boy band’ atau ‘girl band’ yang menyerlah seperti era 90-an.

Lagu KRU yang cukup popular dengan Mengerti, Feminin dengan lagu Untukmu, 4U2C pula denga Fiona dan A to Z dengan Darjat terus diingati hingga kini. Kewujudan mereka ketika itu umpama satu fenomena baru kepada industri muzik termapatn. Mereka menjad kegilaan sehinga mampu menganjurkan konsert.

Kumplan KRU yang dianggotai ketiga adik-eradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Hali, adalah nama yang besar dan berpengaruh. Mereka kerap menjelajah ke seluruh negara mengadakan Konsert reKRYed Rap Tour sekita 1994.

Sehingga hari ini nama KRU masih kekal apabila tiga beradik ini kemudian mempelbagaikan bakat mereka iaitu daripada muzik kepada lakonan, perniagaan, perfileman dan penerbitan lagu.

Begitu juga dengan 4U2C yang turut menjelajah seluruh negara bertemu dengan peminat mereka. Walaupun lahir dalam era yang sama, tetapi imej dan lagu mereka berbeza serta berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, dalam era muzik milenium, sukar mencari kumpulan vokal yang popular.

Bukan itu saja, kumpulan ini mempunyai jenama sendiri di Ar-Tis Shoppe seperti KRU. Antara produk yang dijual seperti buku, tuala dan kemeja T. Pada zaman itu, memiliki produk artis pujaan adalah satu kebanggaan buat peminat. 4U2C pula muncul dengan tin minuman yang menarik.

Sementara Feminin pula dilamar menjadi duta sabun mandi Lux. Feminin juga memecah tradisi apabila keseluruhan anggotanya dipilih sebagai duta Lux.

Beberapa kumpulan cuba menyambung legasi itu pada awal tahun 2000, namun gagal. Kumpulan seperti Boyz ‘R’ US, G.T Boyz, GIM dan X Factor hanya mampu bertahan hanya seketika. Ada yang hanya mampu bertahan hanya untuk beberapa bulan penarikan diri anggota kumpulan serta masalah disiplin. Jadi bagaimana mereka mahu membina nama da memperjuangkan muzik jika sering berdepan masalah?

Bekas pengurus Feminin, Edd Razhe, berkata beliau mempunyai formula sendiri ketika menguruskan kumpulan wanita popular yang dianggotau As, Watie, Yatie, dan Dek Nor. Selain menekankan mengenai disiplin setiap anggotanya, Edd juga memastikan setia ahli kumpulan Feminin mendapat pendedahan sama rata dari pada media.

“Jika ada permintaan fitigrafi yang hanya memanggil anggota tertentu, saya tidak benarkan kecuali semua anggota terbabit. Apabila hadir sebagai kumpulan, bagi saya setiap artis harus mengutamakan kumpulan mereka. Ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli kumpulan,” katanya.

Edd juga amat menitikberatkan sial pemilihan lagu. Selain memilih lagu yang sedap, penyanyi juga perlu mempunyai kuasa memilih.

Fakta

Kumpulan popular

- KRU yang dianggotai oleh tiga beradik Norman, Yusry dan Edry popular kerana lagu Mengerti. Kumpulan itu ditubukna pada 19 Mei 1992. KRU membawa maksud Kumpulan Rap Utama.

- SELAIN AC Mizal, kumpulan 4U2C yang dikenali sebagai kumpulan rap remaja popular dianggotai Raja Azren Shah Raja Zaini Ismail, Azren Irwan Abdul Manap, Nirwan Irwan Siari, Ahmad Faizal Kamis dan Mohd Zarizi Anuar Din pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Penyanyi Berkumpulan Popular pada 1993.

- NICO ditubuhkan pada 1993 dianggotai Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico, Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan itu hanya mampu merakamkan tiga album Made In LA (1993), Realiti dan Nico (1994), Affa dan Dino (1995) sebelum berpecah dan kemudian menubuhkan kumpulan baru diberi nama Option1

- Feminin menjadi artis berkumpulan pertama yang dilamar menjadi duta produk sabun mandi Lux.

Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Salehuddin

serima@bharian.com.my

Adam Semakin Berkembang
Mei, 2008 - Bermula dengan program realiti “Akademi Fantasia 2″, kemudian popular dengan lagu “Tak Tahu”, kini Adam semakin popular & terus popular sebaris dengan artis-artis lain. Pendek kata, sebut sahaja namanya takde yang tak kenal & tak tahu tentang perjalanan kariernya.

Kumpul Peminat

Dalam pada sibuk dengan jemputan nyanyian & beberapa xtvt seni yang lain, Adam tak mengabaikan peminat-peminatnya. Penyanyi yang berasal dari Sabah ni begitu bertuah kerana sekitar tahun lepas dia banyak dilanda kemelut kontroversi, namun peminat setianya tetap menyokong dari belakang. Di atas ucapan terima kasih itu, Adam berganding bahu bersama kelab peminatnya, Adam Fan Club Malaysia (AFCM) mengadakan majlis hi-tea untuk bermesra dengan lebih dekat lagi. Dengan penganjuran majlis “Twist… To Da 60’s” ni Adam dapat mengumpulkan lebih daripada 70 orang peminat yang datang dari seluruh Malaysia. Nampaknya Adam memang all out sebab tema pakaiannya dipilih sendiri untuk tampil eksklusif buat peminat-peminat kesayangannya.

Main Alat Muzik

Bercerita tentang kontroversi, menurut Adam kalau boleh tahun ni dia nak tumpukan perhatian pada karier. Dia juga nak jauhkan diri daripada sebarang kontroversi yang boleh mengganggu perjalanan kariernya. Memang elok la kalau macam tu, usaha tu kan tangga kejayaan. Selain tu, Adam bukan sahaja nak menonjolkan dirinya dalam bidang seni suara malah ingin memperlihatkan akan bakatnya yang boleh bermain alat muzik. Majlis hi-tea tu menjadi bukti apabila Adam bersama band yang ditubuhkannya iaitu The Pilots membawa lagu secara ‘live’ dengan memainkan alat muzik sendiri. Adam boleh mengendalikan alat muzik terutama gitar & drum.

Studio Sendiri

Tentang perkembangan terbaru Adam pula, kini dia sedang sibuk mengendalikan studio tariannya yang baru dibuka di Bandar Sunway. Kalau korang nak belajar menari, bolehlah intai-intai di mana studio Adam yek. Sementara tu, Adam tetap bersemangat meneruskan perjuangannya. Penyanyi bermata cantik ni sedang mengumpulkan bahan untuk album barunya yang bakal diterbitkan pada tahun ini, itu pun jika takde aral melintang…

- Majalah KLIK -

Kisah Cinta Adam & Juliana
Mei, 2008 - SELEPAS hubungan cinta tidak kesampaian, barulah khalayak menyedari bahawa Adam dan Juliana Sophie Evans pernah melalui detik-detik manis bercinta.

Apatah lagi, lagu berjudul Hai, nyanyian Adam menceritakan tentang detik indah perkenalan mereka.

Tidak tahu apakah punca keretakan hubungan. Masing-masing tunduk membisu daripada memberikan jawapan bernas. Mungkin, tidak mahu mengingati kembali kenangan demi kenangan kala bercinta.

Tidak lagi bergelar pasangan kekasih, baik Adam mahupun Juliana diburu pihak media massa bagi menggandingkan mereka dalam satu fotografi, sekaligus bertanyakan perihal sebenar.

Nah! Eksklusif buat pembaca majalah HAI, Adam dan Juliana pertama kali disatukan sebagai penghias kulit muka depan selepas tiada lagi cinta dalam hati. Kisah cinta mereka sudah tinggal sejarah. Yang kedengaran hanyalah lagu Hai.

Mereka berpisah secara baik dan membawa haluan sendiri. Namun tidak pula mereka menolak apabila diberitahu akan digandingkan untuk sesi fotografi ini.

“Kisah cinta antara saya dengan Ju dah lama berlalu. Kami sekarang tak ada apa-apa hubungan lagi. Setakat kawan biasa ajalah.

“Lagipun, masa bercinta dulu, masing-masing terlalu muda. Waktu itu saya baru keluar dari AF, Ju pula peminat saya.

“Akhirnya cinta kami tak ke mana setelah dua tahun setengah menjalinkan hubungan. Cinta kami bukan dihalang… tapi putus kerana tidak sehaluan.

“Sekarang, kami hanya boleh berkawan. Saya tiada masalah digandingkan dengannya dalam fotografi atau ditawar berlakon bersama.” kata Adam.

Tak mungkin kembali

Kata Adam lagi, sesungguhnya sudah tiada ikatan cinta, namun sebagai rakan artis, dia ada juga bertanyakan khabar bekas kekasihnya itu.

“Kami ada bertanya khabar dan dia beritahu sudah ada pengganti. Untuk kembali bercinta, tak mungkinlah kerana dia sedang bahagia dengan orang lain.

“Saya tak mahu kacau kebahagiaan dia. Saya tak rasa kecewa pun. Mungkin dah ditentukan jodohnya dengan lelaki itu.

“Fasal lagu pula, memang saya ilhamkan khas untuknya. Waktu saya rakam lagu itu, hubungan kami masih baik. Tetapi, apabila album siap, kami dah putus cinta”, cerita Adam lagi.

Celah Juliana, “Saya tahu lagu itu diciptakan untuk saya. Masa dia nak buat lagu itu, dia ada beritahu fasal lagu itu dibuat khas untuk saya. Tapi, saya ingatkan dia saja-saja bergurau.

“Selepas lagu itu siap dirakam, dia beri saya dengar. Terkejut? Tak adalah sangat. Okeylah…” jawab gadis yang berfikiran terbuka ini.

“Suka, terus mengurat”- Adam

Ditanya fasal pengganti, Adam menjelaskan dia masih belum bertemu insan yang sesuai. Usianya sekarang sudah 25 tahun. Mungkin lagi tiga tahun barulah dia merancang untuk berumah tangga.

“Saya tengah mencarilah sekarang. Saya tak ada ciri-ciri wanita idaman. Kalau nampak, timbul rasa berkenan dan suka, saya akan terus mengurat masa itu juga. Saya tak nak bertangguh sebab takut terlepas.

“Macam itulah juga waktu saya kenal Ju dulu. Apa pun saya percaya, ada jodoh, kahwinlah saya nanti,” ujar lelaki dari Kota Kinabalu, Sabah.

Kontroversi

Adam mengakui kisah kontroversi yang pernah melanda membawa kesan terhadap popularitinya. Contohnya jelas terlihat menerusi jualan album kedua yang kurang mendapat sambutan.

“Sambutan okey juga tapi taklah seperti album pertama. Tak tahulah apa sebabnya tetapi. Mungkin kontroversi itu timbulkan tanda tanya kepada peminat.

“Tapi faham-fahamlah, jualan album sekarang pun memang agak merosot. Kenalah fikir cara yang lain pula.

“Mereka kecewalah bile jadi begitu kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah album.

“Rasanya tahun lalu memang nama saya teruk dilanda kontroversi. Namun, bukti kesetiaan peminat terhadap saya ialah kemenangan lagu Joget Lambak sebagai Lagu Paling Popular Hiits 1 menerusi undian SMS mengalahkan nama besar lain.

“Memang ia satu kejutan buat saya. Semangat untuk terus berjuang timbul kembali. Rupanya masih ramai peminat yang menyokong.

“Saya berasa begitu terharu dan sedar mereka masih memberi saya peluang. Saya berjanji takkan hemapakan harapan mereka,” janji Adam.

Berterima kasih pada KRU

Saat berdepan kontroversi, Adam beruntung kerana masih mendapat kepercayaan trio KRU yang banyak memberikan sokongan. Trio adik-beradik ini masih memberikan peluang dalam meneruskan kerjaya seninya.

“Mereka tahu situasi sebenar. Sekarang saya sibuk dengan rakaman album ketiga. Konsepnya macam dulu juga tapi diberi sedikit kelainan, dengan sentuhan futuristik ala robot. Ia satu pembaharuan di negara kita. Belum ada lagi artis yang buat.

“Saya beruntung kerana album dibuat ikut jadual seperti yang tertulis dalam kontrak. Harap-harap album kali ini dapat sambutan. Saya pun dah bertekad takkan terbabit dengan kontroversi lagi,” tutur Adam ikhlas.

Studio tarian

Dia juga mahu berdiri atas kaki sendiri sekarang. kata Adam, dia mahu lupakan terus kisah pahit dengan seseorang yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.

“Saya nak lupakan semua yang pahit termasuklah bisnes yang pernah diusahakan dulu.

“Saya tak nak sentuh atau ingat perkara itu lagi. Sekarang, saya keluarkan modal sendiri buka studio tarian bernama 1st Move Studio berhampiran kawasan Sunway Piramid.

“Ini projek saya menerusi syrikat sendiri, AICA Entertainment. Ada tenaga pengajar yang mengajar tarian.

“Saya turut sewakan studio ini pada mereka yang berminat untuk latihan menari.

“Saya juga rancang terbitkan album artis pertama syarikat ini yang berkonsepkan dance group.

“Empat anggotanya berasal dari Sabah. Saya pilih mereka kerana gaya tarian yang sangat hebat. Saya turut cipta lagu untuk mereka,” tambahnya.

Juliana Terima Lamaran

Tentang Juliana pula, selepas melayari karier sebagai pengacara TV untuk program Remaja di TV3, pemilik wajah pan-Asia ini nekad melebarkan sayapnya ke layar kaca jenama Singa Putih.

Biarpun masih bergelar pengacara muda, namun kredibiliti dan pakej menarik dari segi wajah dan personaliti, membuka mata stesen TV luar negara.

Tarikan istimewa itu diakui apabila si gadis sunti berusia 19 tahun ini menerima lamaran dari stesen TV Singapura, saluran TV Suria untuk mengendalikan sebuah program TV di sana.

“Program yang saya acarakan bersama pengacara Singapura, Suzairi itu lebih kepada ala-ala Explorace.

“Sebanyak 13 episod bakal ditayangkan. Setakat ini, baru tiga episod telah berjaya dirakamkan,” katanya yang baru pulang dari Singapura menyudahkan rakaman penggambaran program TV tersebut.

Impian Jadi Nyata

Setiap insan punya cita-cita dan harapan. Andai percaturan betul, usaha berlipat ganda dan disebelahi nasib, impian yang disasarkan itu pasti tercapai jua.

Bagi Juliana, dilamar stesen TV negara jiran, umpama mimpi dan angan-angan biasa, tapi akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

“Saya sangat teruja mengendalikan program itu. Ini adalah kali pertama saya diberi peluang mengacara program TV di sana. Rasa seronok sangat.

“Sebelum ini pun, saya memang suka bercuti ke Singapura. Justeru, tawaran menjadi pengacara di sana seperti orang tidur disorongkan bantal.

“Bukan saja berpeluang mengembangkan bakat di sana, tapi dapat menjelajah dan melihat tempat-tempat pelancongan yang sedia ada.

“Selain Singapura, saya juga bercuti di tempat-tempat menarik dalam negara, juga di Thailand, Jepun dan banyak tempat menarik lain di seluruh dunia,” katanya gembira.

Suka Mencuri?

Sukar untuk dipercayai, Juliana punya ‘topeng’ lain. Namun, itulah hakikat sebenar bahawa model iklan komersial ini miliki watak lain dalam dirinya.

Mengejutkan, gadis kacukan ini dikatakan suka mencuri! Upsss… Gimik saja. Watak itu hanyalah lakonan semata-mata untuk filem dwibahasa, berjudul Hooperz.

“Dalam filem itu, saya diberi peranan sebagai Nino. Dia ini suka mencuri. Mencuri apa? Saya pun tidak tahu lagi.

“Buat masa ini, filem itu belum memulakan penggambaran lagi,” cerita Juliana tentang aktiviti terbaru.

- Majalah HAI -

Mohd Aizam Matsaman 25 TAHUN PENYANYI/PELAKON
Julai 01, 2008 - PELAJAR JURUSAN SISTEM INFORMASI INI MENJADI KEGILAAN RAMAI PABILA MENYERTAI RANCANGAN REALITI TV, AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-DUA. PENYANYI, NAUNGAN KRU RECORDS INI TELAH MENGHASILKAN ALBUM SOLO DENGAN LEDAKAN SINGLE PERTAMA, ‘TAK TAHU’ DAN MENCUBA TUAH DI LAYAR PERAK MENERUSI FILEM MAIN-MAIN CINTA DENGAN MISHA OMAR.

Isu pemanasan global…

“Kesedaran perlu terbit daripada dalam diri semua orang. Langkah awal bermula di rumah misalnya meminimakan penggunaan produk berkandungan cloro floro carbon (CFC) bagi mengurankan kesan rumah hijau.”

- Majalah EH -

Superhero Dalam BIO-NIK
Kini mereka mampu berbangga apabila muncul dengan drama bersiri terbaru sebanyak 26 episod, Bio-Nik yang akan mula disiarkan di TV3 setiap Isnin, jam jam 9 malam menerusi slot Aksi sejak 18 Mei lalu.

Sebagaimana kehebatan superhero Cicakman yang ditampilkan menerusi filem, KRU juga mahu mengetengahkan superhero baru untuk drama sulung mereka kali ini.

Namun, idea KRU tetap berbeza dengan superhero ciptaan sebelumnya apabila drama ini mengisahkan lelaki iaitu Nik yang koma selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya, ‘dihidupkan’ kembali menggunakan mesin sokongan.

Berbeza dengan pesakit lain, Nik menjadi bahan uji bapanya sendiri menerusi satu program komputer yang kemudian memberi kuasa luar biasa padanya seperti mampu berlari laju dan melompat tinggi. Drama ini dijayakan Kamal Adli di samping Intan Ladyana, Fizzo Omar, Shaz Jazle, Tam dan Amanda.

Penerbit Eksekutif drama ini, Norman berkata superhero drama ini tidak dapat lari daripada persamaan superhero lain yang pernah ditonton di TV seperti Six Million Dollar Man, Bionik Woman dan Robocop.

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang ingin dikupas untuk superhero kali ini pertembungan antara kecanggihan teknologi dengan hukum agama.

“Penggambaran drama ini dijalankan selama empat bulan dan dikendalikan dua pengarah, Azhari Zain dan Aidil Fitri Mohd Yunus. Bagi menambah tarikan pada superhero, drama ini juga menggunakan teknik imejan komputer (CGI).

“Idea asal drama ini sebenarnya adalah Badang tetapi kisah itu dijadikan novel sebelum ini. Hingga perbincangan dilakukan bersama TV3, kami mendapat idea baru menghasilkan Bio-Nik. Jika diikutkan, karyawan Barat juga mencedok idea orang lain untuk menghasilkan filem mahupun drama mereka.

“Kami sendiri berusaha menjadikan superhero seperti Bio-Nik berkonsepkan tempatan. Drama ini bukan hanya memberi tarikan pada watak utama, tetapi perkembangan sub plot antara watak lain. Tujuan kami menggunakan dua pengarah adalah mahu kerja menyiapkan drama ini menjimatkan masa.

Jin Notti temukan Mawi, Fara
Mawi dan Farah Berganding

May 09, 2009 - Selepas filem Aduh Salihaterbengkalai penggambarannya pada tahun lalu, ramai yang ternanti-nantikan kemunculan Mawi sebagai pelakon di layar perak.

Jin Notti merupakan filem terbaru terbitan KRU Studios dan yang pertama mengetengahkan Mawi dalam bidang lakonan.

Menurut Mawi, dia berpuas hati berlakon dalam filem sulungnya itu, apatah lagi lakonannya mendapat pujian daripada Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim.

“Itu komen orang (Norman) yang sudah 25 kali menonton filem Jin Notti. Tetapi komen para penonton atau peminat, saya belum tahu lagi. Saya harap biarlah komen yang diberi nanti positif dan sejujur-jujurnya.

“Saya juga seronok berlakon filem ini kerana adanya adegan silat dan aksi yang banyak saya lakukan sendiri. Apatah lagi, saya ada latarbelakang dalam silat pukul pelaga yang saya pelajari sejak berusia 13 tahun.

“Dengan tunjuk ajar daripada pengarah (Azhari Zain) saya dapat melakonkan watak Inspektor Aziz dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Jin Notti di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem terbitan KRU Studios yang mendapat tajaan daripada Telekom Malaysia (TM) itu telah pun selesai menjalani penggambarannya dan bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidil Fitri ini.

Selain pelakon, hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden Produk Jualan TM, Azizi A. Hadi dan Eksekutif Pengguna TM, Jeremy Kung.

Selain Mawi, Jin Notti juga dilakonkan oleh Fara Fauzana yang membawakan watak Notti.

Kata penyampai radio Hot FM ini, dia terpaksa membahagikan masanya sebagai penyampai radio sewaktu mengikuti penggambaran filem dengan kos RM2 juta itu.

“Saya telah membuat perjanjian dengan majikan saya (Media Prima Berhad) iaitu masa penggambaran Jin Notti tidak akan mengganggu tugasan saya di radio Hot FM.

“Biasanya saya akan menjalani penggambaran selepas 12 tengah hari dan habis sebelum 10 malam. Ini kerana saya bertugas di konti pada sebelah pagi,” ujar Fara.

Jelas Fara, Jin Notti merupakan filem pertama yang memberikannya peluang melakonkan watak utama di mana ia merupakan cabaran besar buatnya.

Apatah lagi katanya, menerusi filem yang mula menjalani penggambarannya pada Jun tahun lalu itu, dia perlu melakonkan lima karakter berbeza.

“Saya melakonkan watak jin yang perlu melakonkan lima watak berbeza selepas watak itu masuk ke dalam lima orang. Itu antara cabaran saya. Tetapi sebelum ini saya pernah berlakon dalam filemSS3 ketika saya masih belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

“Wataknya kecil sahaja. Bagaimanapun pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya berlakon dalam filem ini,” kata selebriti berasal dari Shah Alam, Selangor ini.

Bagaimanapun, pembabitan Fara dalam filem keempat terbitan KRU Studios itu bukan baru bermula, sebaliknya dia pernah ditawarkan berlakon filem Duyung yang diterbitkan beberapa tahun lalu.

Namun, Fara terpaksa menolak tawaran itu kerana mempunyai komitmen lain, kerana penggambaran itu diadakan jauh dari Kuala Lumpur iaitu di Sabah.

Menceritakan pengalamannya berlakon bersama Mawi, Fara bukan sahaja berasa teruja, malah beliau turut berhati-hati supaya ia tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Sewaktu penggambaran filem ini, Mawi belum kahwin dengan Ekin. Jadi semasa berlakon filem itu saya pernah hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pada Ekin minta kebenaran.

“Saya lakukan itu supaya ia tidak menimbulkan salah faham kalau ada apa-apa yang berlaku kelak. Saya juga hantar SMS pada Maya Karin meminta pendapatnya tentang pembabitan saya dalam filem ini. Dia (Maya) beri galakan kepada saya,” jelasnya.

Penerbit Jin Notti, Norman Abdul Halim pula menjelaskan, filem itu merupakan genre komedi yang menampilkan pengarah baru, Azhari Zain.

Jelasnya, pemilihan Azhari merupakan suatu percubaan bagi memberi peluang muka-muka baru berkarya dalam filem terbitan KRU Studios.

“Kami mahukan filem-filem kami nampak berbeza dengan sentuhan pengarah yang juga berbeza. Kami menggunakan hampir 200 teknik CGI (imej janaan komputer) dalam filem ini.

“Ia sebagai tarikan walaupun jumlah yang digunakan tidaklah sebanyak seperti Cicak-Man. Selain itu, kami bertuah kerana dapat menggunakan khidmat Mawi dan Fara yang kebetulan telah banyak menang anugerah sebelum ini. Ia sebagai suatu bonus untuk filem ini,” katanya.

Sementara itu, pengarah Jin Notti, Azhari Zain pula berasa bertuah kerana diberi peluang mengarahkan filem yang dijangka mampu menarik perhatian ramai penonton.

“Selepas menjadi penolong pengarah dalam 30 filem, saya bangga kerana diberi peluang mengarahkan filem ini. Selepas ini saya juga akan mengarahkan sebuah lagi filem terbitan KRU Studios berjudul Bangla lakonan Nabil,” ujarnya yang juga pensyarah Jabatan Skrin UiTM, Shah Alam.

Utusan Online

Oleh Abd. Aziz Itar

aziz.itar@utusan.com.my

Kamal Adli: “Kami Kawan Rapat”
May 10 2009 - Kamal Adli – siapa yang tak kenal dengan nama ini. Juara Hero Remaja 2007/08 yang sedang meningkat naik sebagai bakat baru kacak yang serba boleh, baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan. Dan baru-baru ini, ada gosip mengatakan anak muda ini kekasih baru Intan Ladyana dan kemungkinan penyebab perpisahan Intan dan bekas teman lelaki, Kevin Zahri.

Bila diminta penjelasannya mengenai khabar angin ini, anak kelahiran Pekan, Pahang ini yang ditemui pagi tadi sempena pengumuman 25 finalis peraduan Rekatee, sedikitpun tidak melatah. Sebaliknya, dia melihat cakap-cakap nakal ini sebagai perkara biasa, lebih-lebih lagi memandangkan dia seorang pendatang baru dalam industri.

“Mungkin kerana Kamal takde cerita, tak keluar TV, jadi ada pihak yang mereka cerita sebegini. Di tambah pula drama ‘Bio-Nik’ nak keluar, jadi biasalah jika timbul gosip ‘cinta lokasi’, dan Kamal dan Intan yang dijadikan sebagai bahan. Apatah lagi Intan seorang selebriti terkenal,” jelas jejaka ini yang suatu ketika dulu pernah digosipkan dengan teman ‘Impian’-nya, Nur Diana Amir Hashim.

“Kamal akui, Kamal dan Intan menjadi rapat sejak ‘Bio-Nik’. Bersama Fizo dan para pelakon lain, kami menjadi kawan rapat. Kami keluar ramai-ramai. Dan Kamal tak pernah tanya dia tentang hal peribadinya.”

Tidak ambil kisah percakapan orang, bagi Kamal, gosip-gosip seperti ini sebaliknya membantu meningkatkan profilnya.

“Kamal tak melatah. Sebenarnya, Kamal dah agak dah akan ada orang cakap. Tapi Kamal melihatnya dari sudut yang positif. Sekurang-kurangnya, orang sedar kewujudan Kamal dan secara tidak langsung, ia promosi yang baik untuk ‘Bio-Nik’. Mengapa kami rapat? Kerana ‘Bio-Nik’. Ini menjadikan orang ingin tahu apa itu ‘Bio-Nik’.”

Apa itu ‘Bio-Nik’?

Terbitan KRU Studios, ‘Bio-Nik’ mengambil premisnya dari cerita ‘Bionic Woman’. Nik, lakonan Kamal, seorang pelajar lepasan STPM, terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Kebetulan, ayahnya seorang profesor yang sedang menjalankan satu eksperimen khas untuk pihak kerajaan tetapi belum ditemui bahan percubaan untuk menguji keberkesanan eksperimennya. Alang-alang melihat anaknya dalam keadaan cedera parah, diujinya eksperimen itu ke atasnya. Bila Nik sedarkan diri, didapati dirinya bukan lagi manusia tetapi robot.

‘Bio-Nik’ merupakan projek lakonan pertama Kamal sebagai teraju utama. Sebelum ini hanya pernah menyandang watak sampingan di dalam ‘Impian’ dan ‘Renjis 2’, Kamal mengakui walaupun teruja dengan peluang yang telah diberi KRU Studios namun dia gementar memikirkan penerimaan orang ramai terhadap drama bersiri tersebut yang dijadualkan untuk tayangan di TV3 pada 18 Mei ini.

“Pihak KRU Studios, TV3 dan ramai lagi meletakkan harapan yang tinggi pada ‘Bio-Nik’. Dan ini first lead role Kamal, jadi Kamal memberikan 150% dalam cerita itu. Stunt pun Kamal buat sendiri (hinggakan pernah kakinya cedera dan tidak boleh digerakkan seminggu akibat terjun dari kawasan yang tinggi).

“Harapan Kamal agar penonton jangan terlalu cepat menilai ‘Bio-Nik’ hanya berdasarkan beberapa episod pertama. Berikannya sedikit masa. Kamal percaya pada ‘Bio-Nik’ dengan pengarah, barisan pelakon dan jalan ceritanya yang mantap dan menarik. Kamal berharap ‘Bio-Nik’ akan menjadi satu fenomena.”

Rezeki melimpah ruah

Bagi mereka yang meminati pria ini, berita baiknya, banyak lagi peluang untuk menatap wajahnya, bukan sahaja di skrin TV anda tetapi juga di panggung.

Selain ‘Bio-Nik’, Kamal bakal menemui penonton di slot Lagenda TV3 melalui drama ‘Zati Dan Si Mawas’, digandingkan bersama Liyana Jasmay. Selain itu, penggambaran untuk ‘Impian’ akan disambungkan untuk musim terbarunya. Dalam perbincangan, projek layar peraknya yang pertama, dikatakan sebuah filem seram.

“Kamal rasa bertuah kerana Kamal hanya mempunyai pengalaman lakonan dalam dua buah drama tetapi telah diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk terlibat sama dalam projek mereka. ‘Bio-Nik’ misalnya, sebuah produksi bajet besar tetapi Kamal diberi kepercayaan untuk membawa drama ini. Kamal amat berterima kasih pada production team yang telah banyak membantu Kamal.

“Prinsip Kamal, bila orang memberi kepercayaan pada Kamal untuk membuat sesuatu, Kamal akan bagi all out, bagi di luar kemampuan Kamal. Kamal nak pastikan kerja Kamal bagus agar orang mempunyai kepercayaan untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada Kamal di masa hadapan.”

gua.com.my

Oleh Li Ee Kee