
Bio-Nik
Mei 12, 2009 - Selepas kejayaan berturut-turut di layar perak melalui filem-filem blockbuster seperti Cicakman 1, Cicakman 2-Planet Hitam dan Duyung, kini lahirlah sebuah lagi karya terbitan KRU Studios dalam bentuk rancangan drama bersiri televisyen.
“BIO-NIK” merupakan drama bersiri tempatan pertama yang tampil dengan begitu banyakshot CGI dan kesan khas audio selain padat dengan aksi lincah.
Menurut Penerbit Eksekutif “BIO-NIK”, Norman Abdul Halim, pihaknya ingin memberikan kelainan melalui kepakaran dalam penerbitan rancangan televisyen dengan menggunakan teknik Computer Generated Imagery (CGI).
“Kami berharap ini akan membantu menyumbang ke arah kenaikan taraf penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhan.
“Kami juga berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepada kami untuk berkarya dan berharap kerjasama antara KRU Studios dan TV3 ini akan terus dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang”, katanya semasa pelancaran “BIO-NIK” di Club Centro, Sooka Central, KL Sentral, semalam. Read the rest of this entry »