Mei, 2008 - Bermula dengan program realiti “Akademi Fantasia 2″, kemudian popular dengan lagu “Tak Tahu”, kini Adam semakin popular & terus popular sebaris dengan artis-artis lain. Pendek kata, sebut sahaja namanya takde yang tak kenal & tak tahu tentang perjalanan kariernya.
Kumpul Peminat
Dalam pada sibuk dengan jemputan nyanyian & beberapa xtvt seni yang lain, Adam tak mengabaikan peminat-peminatnya. Penyanyi yang berasal dari Sabah ni begitu bertuah kerana sekitar tahun lepas dia banyak dilanda kemelut kontroversi, namun peminat setianya tetap menyokong dari belakang. Di atas ucapan terima kasih itu, Adam berganding bahu bersama kelab peminatnya, Adam Fan Club Malaysia (AFCM) mengadakan majlis hi-tea untuk bermesra dengan lebih dekat lagi. Dengan penganjuran majlis “Twist… To Da 60’s” ni Adam dapat mengumpulkan lebih daripada 70 orang peminat yang datang dari seluruh Malaysia. Nampaknya Adam memang all out sebab tema pakaiannya dipilih sendiri untuk tampil eksklusif buat peminat-peminat kesayangannya.
Main Alat Muzik
Bercerita tentang kontroversi, menurut Adam kalau boleh tahun ni dia nak tumpukan perhatian pada karier. Dia juga nak jauhkan diri daripada sebarang kontroversi yang boleh mengganggu perjalanan kariernya. Memang elok la kalau macam tu, usaha tu kan tangga kejayaan. Selain tu, Adam bukan sahaja nak menonjolkan dirinya dalam bidang seni suara malah ingin memperlihatkan akan bakatnya yang boleh bermain alat muzik. Majlis hi-tea tu menjadi bukti apabila Adam bersama band yang ditubuhkannya iaitu The Pilots membawa lagu secara ‘live’ dengan memainkan alat muzik sendiri. Adam boleh mengendalikan alat muzik terutama gitar & drum.
Studio Sendiri
Tentang perkembangan terbaru Adam pula, kini dia sedang sibuk mengendalikan studio tariannya yang baru dibuka di Bandar Sunway. Kalau korang nak belajar menari, bolehlah intai-intai di mana studio Adam yek. Sementara tu, Adam tetap bersemangat meneruskan perjuangannya. Penyanyi bermata cantik ni sedang mengumpulkan bahan untuk album barunya yang bakal diterbitkan pada tahun ini, itu pun jika takde aral melintang…
- Majalah KLIK -




