Sukarnya Mencari Kumpulan

Wednesday, 10 June, 2009 News & Updates

kruMencipta lagu sendiri dan berdisiplin menjadikan nama mereka sentiasa diingati hingga sekarang

22 Oktober 2008, KUMPULAN 4U2C, Feminin, Nico, Elitie, A to Z antara nama kumpulan remaja popular era 90-an yang sudah berkubur. Hanya KRU yang masih terus bertahan, namun ingatan pada semua kumpulan berkenaan masih terus segar.

Sebenarnya, banyak lagi kumpulan yang muncul ketika itu antaranya Msten, Res2, Option 1, namun populariti mereka tidaklah sehebat kumpulan tadi tetapi masih di ingati.

Masa bergerak dan zaman berubah. Era 90-an yang terkenal dengan unsur muzik rap atau hip hop sudah lebih sedekad berlalu tetapi sehingga kini masih belum ada kumpulan ‘boy band’ atau ‘girl band’ yang menyerlah seperti era 90-an.

Lagu KRU yang cukup popular dengan Mengerti, Feminin dengan lagu Untukmu, 4U2C pula denga Fiona dan A to Z dengan Darjat terus diingati hingga kini. Kewujudan mereka ketika itu umpama satu fenomena baru kepada industri muzik termapatn. Mereka menjad kegilaan sehinga mampu menganjurkan konsert.

Kumplan KRU yang dianggotai ketiga adik-eradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Hali, adalah nama yang besar dan berpengaruh. Mereka kerap menjelajah ke seluruh negara mengadakan Konsert reKRYed Rap Tour sekita 1994.

Sehingga hari ini nama KRU masih kekal apabila tiga beradik ini kemudian mempelbagaikan bakat mereka iaitu daripada muzik kepada lakonan, perniagaan, perfileman dan penerbitan lagu.

Begitu juga dengan 4U2C yang turut menjelajah seluruh negara bertemu dengan peminat mereka. Walaupun lahir dalam era yang sama, tetapi imej dan lagu mereka berbeza serta berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, dalam era muzik milenium, sukar mencari kumpulan vokal yang popular.

femininBukan itu saja, kumpulan ini mempunyai jenama sendiri di Ar-Tis Shoppe seperti KRU. Antara produk yang dijual seperti buku, tuala dan kemeja T. Pada zaman itu, memiliki produk artis pujaan adalah satu kebanggaan buat peminat. 4U2C pula muncul dengan tin minuman yang menarik.

Sementara Feminin pula dilamar menjadi duta sabun mandi Lux. Feminin juga memecah tradisi apabila keseluruhan anggotanya dipilih sebagai duta Lux.

Beberapa kumpulan cuba menyambung legasi itu pada awal tahun 2000, namun gagal. Kumpulan seperti Boyz ‘R’ US, G.T Boyz, GIM dan X Factor hanya mampu bertahan hanya seketika. Ada yang hanya mampu bertahan hanya untuk beberapa bulan penarikan diri anggota kumpulan serta masalah disiplin. Jadi bagaimana mereka mahu membina nama da memperjuangkan muzik jika sering berdepan masalah?

Bekas pengurus Feminin, Edd Razhe, berkata beliau mempunyai formula sendiri ketika menguruskan kumpulan wanita popular yang dianggotau As, Watie, Yatie, dan Dek Nor. Selain menekankan mengenai disiplin setiap anggotanya, Edd juga memastikan setia ahli kumpulan Feminin mendapat pendedahan sama rata dari pada media.

“Jika ada permintaan fitigrafi yang hanya memanggil anggota tertentu, saya tidak benarkan kecuali semua anggota terbabit. Apabila hadir sebagai kumpulan, bagi saya setiap artis harus mengutamakan kumpulan mereka. Ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli kumpulan,” katanya.

Edd juga amat menitikberatkan sial pemilihan lagu. Selain memilih lagu yang sedap, penyanyi juga perlu mempunyai kuasa memilih.

Fakta
Kumpulan popular

- KRU yang dianggotai oleh tiga beradik Norman, Yusry dan Edry popular kerana lagu Mengerti. Kumpulan itu ditubukna pada 19 Mei 1992. KRU membawa maksud Kumpulan Rap Utama.

- SELAIN AC Mizal, kumpulan 4U2C yang dikenali sebagai kumpulan rap remaja popular dianggotai Raja Azren Shah Raja Zaini Ismail, Azren Irwan Abdul Manap, Nirwan Irwan Siari, Ahmad Faizal Kamis dan Mohd Zarizi Anuar Din pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Penyanyi Berkumpulan Popular pada 1993.

- NICO ditubuhkan pada 1993 dianggotai Abdul Fashah Abdul Aziz atau Nico, Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan itu hanya mampu merakamkan tiga album Made In LA (1993), Realiti dan Nico (1994), Affa dan Dino (1995) sebelum berpecah dan kemudian menubuhkan kumpulan baru diberi nama Option1

- Feminin menjadi artis berkumpulan pertama yang dilamar menjadi duta produk sabun mandi Lux.

Berita Harian

Oleh Serimah Mohd Salehuddin
serima@bharian.com.my