Mei 13, 2009 - Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung sidang media pelancaran drama bersiri TV pertama terbitan KRU STUDIOS yang berjudul BIO-NIK di Restoran Centro, Sookaa KL Sentral. Jangan lupa saksikan drama lakonan Kamal Adli, Intan Ladyana, Fizow Omar, Arif Mukhtar, Ayu Syuhada, Tam, Amanda Misbun, Nor Aliah Lee, Shaz Jazlee, Norliana Shamsudin dan ramai lagi ini dalam slot AKSI di TV3 mulai 18 Mei 2009, setiap Isnin jam 9 malam selama 26 minggu.
Menonton sedutan trailer drama ini, Budiey kira KRU telah melangkah setapak lagi dalam ruang drama Malaysia yang akan dimajukan lagi dengan CGI. Memang gempak habis! Read the rest of this entry »











